tak boleh pakai.

By aimanhanis. - 02:49




Assalamualaikum. sebenarnya nak cite, dah lama tak buka blog since sebelum spm. sebelum ni buka blog pun terus join giveaway.  hahahaha gian nak masuk giveaway huhu.
harini saja nak menari kat keypad laptop ni sebab lama dah tak menari macam dulu. 
dulu busy sekarang taktau nak buat apa. habis spm duk rumah bela lemak. itu rutin aku sebenarnya. 









ha senah. jangan marah marah. tak elok awak tu perempuan.


gambar diatas tu rekaan semata mata. tiada siapa yang terlibat diatas tu. well, nak diceritakan. separuh dari isi cerita diatas ada kaitan dengan aku. tak kesemua tapi adalah sikit dari takde. dulu sewaktu di sekolah menengah, ehem.. maaf aas penggunaan aku kau sebab dah terbiasa, salah seorang kawan rapat, memang rapat nawwnye pernah bagitahu

" dalam banyak member kau ada, ada sorang atau dua lah yang akan kau cari bila kau ada masalah. sebab yang lain tak boleh pakai." - jayjay/ 

straight sangat dia cakap waktu tu sehingga aku yang sedap menghirup milo ais boleh tersedak. dan ketika itu, aku mengelamun untuk mencernakan perkataan yang makan luar dalam yang diberikan oleh jayjay/ boleh nak dikatakan 2 hari 2 malam aku punya fikir apa yang tersirat dekat perkataan tak boleh pakai tu. dan akhirnya, aku faham. jayjay/ ketika itu memang sedap perli aku tapi aku yang blur macam siput boleh gelak dengan kata kata menusuk kalbu tu. 

apa yang jayjay cakapkan tu betul, aku nak dikatakan ramai kawan, lagi lagi tahun lepas dah senior lagilah orang kenal tambah pulak ketua platun untuk satu unit beruniform ni uhuk ehem *maaf bangga diri sebentar. lepas eksiden tu, aku jumpa jayjay balik. aku tanya dia kenapa cakap macam tu, fyi aku kalau rehat memang tempat pertama adalah tandas. wajib. dan ketika itu aku terserempak dengan jayjay yang tengah mengunyah popcorn di depan tandas tapi time tu aku tak terfikir kenapa dia mengunya popcorn depan tandas sebab aku pun lol ikut dia mengunyah sekali.

*dengan mulut penuh popcorn

"weh. aku tahu kau perli aku and sekarang ni cuba bagitahu perkataan tak boleh pakai yang kau cakap ritu"

" kau nak tahu apa senanye?"

waktu tu sekali lagi aku diam sebentar. sebab nak telan popcorn tu.

"aku nak tahu siapa yang tak boleh pakai tu"

......

dan akhirnya soalan aku selama 2 hari 2 malam terjawab juga. maaf sebab takdapat bagitahu apa yang jayjay cakap sebab ada unsur carut sedikit. tapi apa yang dia beritahu yang aku kalau ada masalah ke, menangis keluar hingus aku cari dia je. aku tak cari orang lain walaupun aku ade member ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap mati pun bersama hm tak tu lagu. jayjay dengan aku berlainan kelas. tapi yang aku sayangnya jayjay ni jumpa aku je mesti tanya okay tak dan dari situ aku jatuh hati atas keprihatinan dia kat aku. tapi dia kata tak sayang aku walaupun aku tahu dia tipu.

and pada satu hari ada satu peristiwa, waktu tu tengah struggle baca buku tengah exam tapi aku baca buku sambil menangis. sebab kawan. aku time tu dalam otak jayjay je tapi seharian batang hidung dia tak nampak. and last aku hilangkan diri dekat hujung library kat situ ada tempat duduk. menangis tak berlagu lah aku kat situ sambil mengesat lebihan hingus di hujung lengan baju sekolah aku. and then ade orang menampar kuat bahu aku.

"kau apahal?" jayjay

lepas je aku nampak muka dia terus aku peluk dia sambil menggeselkan lebihan hingus aku kat baju dia. 

"ada problem. nak share kat kau"

dan aku luah segalanya kepadanya. tapi habis je aku luah, dia terus gelak berdekah dekah dan menyebabkan aku rasa nak tempek je hingus aku tu kat muka dia

"apahal duh. aku tak main main ni"

" kau tak sedar lagi ke perkataan tak boleh pakai?"

aku blur.

"maksud kau?"

"yang kau cerita tulah tak boleh pakai" 

dan akhirnya air mata aku turun bagaikan air terjun.. barulah aku faham sebetul betulnya perkataan tak boleh pakai dengan boleh pakai. siapa dan kenapa dan mulai dari haritu, jayjay suruh aku tanamkan prinsip..

selagi dia tak ambil tahu pasal kau, selagi tu kau jangan beria ambil tahu pasal dia


dan akhirnya aku berhuhuhuhu hingga habis sekolah. dan habis sekolah juga aku kena lagi tapi jayjay setia juga bersama aku walaupun dia macam air pasang kejap surut kejap naik. kesimpulannya, takde langsung sebab aku pun tengah panas ni taktau nak settle masalah macam mana. 





              situasi diatas apabila aku keluar berjalan dengan sesiapa sahaja. dan disebabkan itu kalau aku terjumpa sesiapa yang ingin introduce pasal produk barang kuali ntah apa aku akan patah balik atau buat taktau sebabnya aku taknak telinga aku panas atas panggilan yang hm aku pun taktau nak describe macam mana. okaylah bye

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Realiti :) Tapi serius kreatif giler :)

    ReplyDelete
  2. saya suka saya suka...saya suka awak

    ReplyDelete