Movie Review; Hamari Adhuri Kahani;

By aimanhanis. - 20:58




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. untuk hari ini hanis nak buat review sikit pasal movie bollywood ni. Untuk sesiapa sahaja yang minat bollywood yang tangkap leleh punya meh sini nak bagitahu ada movie baru. and and untuk pengetahuan semua hanis ni memang hantu hindustan and paling obses gila. dah perangai pun macam hantu kan? kekeke okay back to the title, actually, hanis tengok movie ni kat astro citra and expectation tu takde lah tingi sangat sebab tengok tajuk memang macam bosan so hati decide malas nak bukak. tapi tak sampai lima minit, hati rasa terdetik gila nak tengok so layankan jela. and guess what? hero dia my favourite actor, Emraan hashmi berlakon woii terus tukar niat nak tengok sampai habis. 

Hamari Adhuri Kahani 2015 (our incomplete story) nak dikatakan memang sedih gila sampai tengok dua kali boleh menangis teruk sebab terlampau sedih. kalau diberi pilihan, dilwale atau hamari adhuri kahani, i will choose hamari adhuri kahani. sebabnya jalan cerita dia memang best gila. Lagu lagu dia dalam movie ni pun memang tangkap jiwang jugak sebabnya kalau dengar lepastu tambah scene yang menyentuh hati memang air mata bagaikan air terjun jugaklah jadinya. desas desus pasal movie ni adalah cerita benar. Ditulis oleh Mahesh Bhatt berdasarkan kisah percintaan orang tuanya dan dilakonkan semula oleh Emraan Hasmi, Rajkumar Rao dan Vidya Balan.






sinopsis-

     Cerita ini diimbas kembali di masa lalu dimana, Vasudha (Vidya balan) seorang ibu tunggal dimana ditinggal oleh suaminya selama lima tahun dan juga seorang florist (seorang penggubah bunga). 
     Vasudha berjumpa dengan Aarav Ruparel (Emraan Hashmi) di salah satu hotel kepunyaannya dimana vasudha bekerja sebagai Penggubah bunga. Aarav mencipta satu 'drama' kebakaran untuk melihat sejauh mana keupayaan jabatan keselamatan yang berada di hotelnya. Tapi Vasudha seorang penggubah bunga yang tiada kaitan langsung dengan sistem keselaamatan menyelamatkan Aarav ketika 'drama' kebakaran sedang berlaku.
Aarav memberi tawaran kepadanya untuk bekerja di salah satu hotelnya di Dubai tetapi dia menolaknya. Walaupun vasudha menolak tawaran itu, aarav meminta dia pertimbangkan semula. Dan selepas itu, Vasudha mendapat tahu daripada polis bahawa suaminya Hari (Rajkumar Rao) telah membunuh lima wartawan Amerika dan dia adalah salah satu ahli anggota kumpulan pengganas. Polis menyuruh vasudha untuk memberi maklumat bahawa jikalau Hari berjumpa dengannya, dia perlu segera beritahu polis. Risau akan masa depan anaknya, dia terus bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh Aarav.
 

     Walaupun Aarav mengetahui tentang kehidupan vasudha dan anaknya, Dia jatuh cinta dengan vasudhaAarav memberitahu Vasudha tentang ibunya, yang merupakan seorang penyanyi kabaret dan seorang ibu tunggal dan bagaimana dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang cuba membunuh diri kerana gagal untuk menyelamatkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Vasudha cuba menjauhi Aarav dan perasaannya ketika itu kerana dia adalah milik orang lain dan cuba meninggalkan Aarav tapi ditahan Aarav. Aarav tahu bahawa vasudha juga menyintainya tetapi vasudha tidak ingin suarakannya kerana terikat dengan seorang lelaki yang bergelar suami kepada vasudha. Aarav menyuarakan hasratnya untuk membawa vasudha berjumpa dengan ibunya dan akan menghantarnya pulang untuk kali terakhir. Disebabkan pujukan ibu Aarav dan perasaannya yang cinta akan aarav, Vasudha menerima untuk bersama sama dengan Aarav
      Aarav memberinya surat penceraian untuk menyelesaikan masalah vasudha dengan hari sebelum menghantarnya ke rumah. Vasudha menyederi bahawa Hari sudah pulang dan berada di rumahnya. Hari menceritakan semuanya kepada Vasudha bahawa dia tidak bersalah dan dipaksa membunuh. Atas persoalan yang diberi oleh Hari, Vasudha memberitahu segalanya mengenai Aarav dan menyebabkan Hari bengang dan marah lalu meninggalkan vasudha dan ditangkap polis atas kesalahannya sebagai ahli pengganas. 
     

    
      Vasudha meminta pertolongan dari Aarav dan menyatakan bahawa Hari tidak bersalah. Aarav cuba merasuah Ketua menteri untuk melepaskan Hari tetapi Hari sudah pun mengakui kesalahannya walaupun vasudha tahu yang Hari tidak bersalah kerana Hari ingin meliihat Vasudha bahagia dengan Aarav.  Vasudha enggan berkahwin dengan Aarav kerana tindakan Hari  memberitahu bahawa dia mengorbankan hidupnya untuk mereka bersama-sama.
      Hal ini kemudian mendedahkan kepada Aarav bahawa Hari sengaja menerima jenayah itu supaya Vasudha akan hidup dalam rasa bersalah kerana dia akan berfikir Hari mengorbankan dirinya untuk cinta mereka. Dalam usaha untuk membebaskan Vasudha daripada rasa bersalah dia daripada Hari, Aarav bergerak ke Bastar di mana Hari dituduh pembunuhan, untuk membuktikan dia tidak bersalah.


    Aarav bertemu dengan Bapa Dayal yang menjelaskan apa yang berlaku dengan wartawan dan mendedahkan Hari tidak bersalah. Dalam perjalanan pulang ke Mumbai, Apruval rakannya yang dari kecil bersama dengannya bertanya, kenapa suka dan gembira apabila Hari sudah keluar dari penjara dan Vasudha akan berpisah darinya. Aarav menjawab di sudut hatinya dia tahu, seluruh dunia ini takkan memisahkan mereka sampai bila bila. dan tiba tiba Aarav terbau aroma bunga yang sama yang mana pertama kali dia berjumpa dengan Vasudha. Sambil mengikuti bau itu, dia pergi ke dalam hutan, dan tidak mengetahui bahawa tempat itu mempunyai periuk api. Dia sengaja tidak melarikan diri dari periuk api itu. Menyedari keadaan itu, Aarav tersenyum sebelum mengangkat kakinya dari periuk api dan menyebabkan dia terbunuh disitu. 


    Vasudha menerima berita kematian Aarav dan ketika itu hatinya terasa hancur. Vasudha meninggalkan Hari, yang mencari dia selama dua tahun. Selepas mencari, dia mendedahkan kepadanya bahawa dia tahu mengenai pengorbanan palsu Hari dan Vasudha memberitahu bahawa dia tidak takut apa-apa tradisi yang menyelubungi hidupnya. Hari mengugutnya untuk membunuh Vasudha jika tidak kembali kepadanya tetapi Vasudha seakan tidak kisah dan menunggu untuk itu kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Aarav di alam lain. Lantas, Hari meninggalkan Vasudha dan menunggu Vasudha dua puluh satu tahun dengan sia-sia. 


     Kembali pada masa sekarang, kini jelas bahawa wanita yang berada di dalam bas itu adalah Vasudha dan dia mahu untuk bersatu semula dengan Aarav di mana tempat dia yang telah meninggal dunia. Akhirnya Hari menyempurnakan permintaan terakhir vasudha dan  mengambil abu Vasudha untuk menyerakkan mereka di hutan Bastar di mana Aarav meninggal dunia. Oleh itu Aarav dan Vasudha bersatu kembali selepas kematian mereka.








Part yang paling sedih dalam movie waktu Aarav mati. Serious teresak esak tengoknya hahahahaha okay kelakar sebab sebelum ni kalau tengok movie macam cerita mann, kabhi kushi khabi gham, and lain lain sedih dia punya level tak pernah macam ni. serious talk. memang best lah. but if hanis yang jadi vasudha, tak fikir banyak dah tinggalkan je lelaki macam tu pilih encik Aarav Ruparel ni jadi suami sebab dia ni baik sangat. walaupun dia tahu hari tak bersalah dia tetap nak tolong jugak.  

Hanis taktau kenapa movie ni tak hit and kenapa movie ni flop. huhuhuhuhu tapi taknak lah pertikaikan apa yang dah berlaku tapi yang paling penting cerita ni memang best gila lah. sedih memang tahap sampai boleh berguling guling punya. sesiapa yang dah layan cuba bagitahu sikit macam mana korang punya review tu? nak tahu jugak and siapa belum tengok pergi lah rajin search cari movie ni. serius gerenti takkan menyesal tengok punyalah tapi sebelum tengok tu sediakan lah sekotak atau dua tisu ye. 





                             

  • Share:

You Might Also Like

1 comments