­
­

Anak

By aimanhanis. - 07:20

 Assalamualaikum. aku taktahu la aku ni memang jenis aku update blog setahun sekali kot rasanya. hahahaha. yang lepas aku update aku dah kahwin. sekarang aku nak update aku dah ada anak. ye dah ada sorang dah. Alhamdulillah rezeki Allah swt bagi selepas setahun kahwin.


dia macam mana nak cakap eh? memang plan, sebelum ni stay dengan husband and kitenye tak kerja sebab husband suruh. and pada masa yang sama memang usaha nak ada anak. tapi waktu tu takde rezeki. walaupun memang pun jenis melekat dengan husband 24 jam je still takde rezeki.


nak dijadikan cerita tengah tahun 2023 husb kene pindah tempat kerja. and jenis merantau negeri orang je keje setiap minggu and bulan. kita pun ikut sekali and rezeki masa tu dapat kerja jugak. so memang nampak muka husb waktu cuti je la tu pun kalau masing masing ada cuti. dia balik petang kita baru nak pergi kerja petang. 


tu belum cakap dapat shift malam lagi. nak jumpa husb pagi pun tak sempat sebab dah pergi kerja. dia macam duduk serumah tapi macam tak. kadang kadang nak jumpa tu pun ya Allah boleh ajak gaduh ya. masing masing kerja. tu belum lagi pasal cuti, pergh gaduh aku sampai melalak la citenye, nasib masing masing jenis sedar diri keje sesama sendiri macam mana.


tapi waktu kami sibuk macam ni la rezeki datang tiba tiba. memang aku bersyukur sangat sangat. aku still teringat lagi detik detik nak cek pregnancy test tu ha. waktu keje shift petang, ada akak senior pergi cek doc sebab dia asyik muntah and semua tak expect dia boleh preg sebab umur dah lanjut. tapi akak senior tu kata dia memang macam dah dapat agak dia preg sebab yela kannnn dia sendiri midwive hahahah masalahnya ada orang gurau katanya ada isi lagi tuuuu. bila cek ha kau memang ada. mengekek semua. katanya nak masuk 8 minggu dah hahaha gila kau tak sedar lagi 


kita pun tanya laaa macam mana boleh dapat tahu. apa tanda tandanyaaa. akak senior tu jawab la macam biasa je dik, period lewat, muntah muntah. kau ada ke tanda tu? kalau ada p cek mana tahu sangkut. aku pun takde pun cuma period lewat setakat 4 ke 5 hari tu biasa je la. sebab masa tu pun aku tak period lagi nak masuk hari ke 5 dah. dulu period aku teratur. tapi lepas kahwin memang jadi macam tuu.


lepas tu, akak senior tu kata breast kau ada sakit tak? bahagian nipples tu mcm rasa sakit je. ada ke? time tu aku tersentak. aku baru perasan semalam memang breast aku memang sakit gila waktu mandi. ingatkan pasal period ke apa sebab tak expect langsung pasal pregnant so biar je la. aku pun cakap la ada je tapi ntahlah kak. biasa je kot. so akak tu kata takpelah cuba lagiii. 


masalahnya hati aku tak tenang ya waktu perjalanan nak balik ke rumah. tiba tiba kereta aku tersinggah kat farmasi. hahahahha and terbeli pulak pregnancy test. aku balik cepat cepat waktu nak mandi tu aku terus test. dua kali test ya pakai yg murah dengan yang mahal tu. 


DOUBLE LINE. satu lagi pregnant 3+ aku masa tu memang terduduk matttttt. semua keluar dalam otak aku. perasaan? semua ada happy, sedih, konfius, pelik. sebabnya husb aku takde sebulan ya kat rumah. masa aku test tu dia baru nak balik. jadi tanda tanya mana datang baby ni HAHAHA bengap kan even sendiri keje nurse. tapi masa tu baru je start keje 4 bulan. ambik masa jugak la termenung sampai laki aku balik. dia balik terus aku tunjuk benda yg double line tu. 


tahu apa reaksi dia? dia mengundur tutup mulut. 


"AWAK KENE COVID KE HA?!" 


menyirap jugak aku masa tu. hahahaha aku cakap bukan. so aku diam nak tengok reaksi dia. lama jugak dia termenung. taktahu fikir apa. lama lama dia senyum. 


"pregnant ke" aku angguk. bammmm!!! jadilah moment aku tahu aku pregnant. masa tu happy sangat sangat. waktu fasa mengandung pulak lagilah aku tak sangka boleh hadap macam tu sekali. orang tanya aku ada alahan ke? aku memang takde alahan waktu mula mula mengandung. mual sikit2 tu ada lepas tu selera nafsu makan aku macam setan ya. hahahahhaha husb aku pun jadi takut tengok aku


alasan aku macam biasa. baby nak makan. maaf sayang ibu fitnah tapi untuk kebaikan awak jugak sayang hehehheh. penat and seksanya masa nak masuk third trimester tu tuhan je tahu. aku boleh lagi shift malam waktu perut dah masuk 8 bulan ya. 8!!! pernah jugak ya shift petang esok shift pagi malam tak boleh tidur langsung. menangis nangis aku kat husb. dia pun tak boleh buat apa. pagi tu aku pergi jugak kerja. mc? kau ingat laku ke? aku ni bukan jenis mc last minit and pastu tengok la kalau kau mc last minit kau mintak cuti nanti konfem tak lepas punya. faham faham je la. 


tapi alhamdulillah, ward aku keje tu semua baik baik. aku cakap aku tak tidur malam tadi, diorang letak aku dalam bilik nursery. suruh rehat dalam tu je. memang aku bersyukur sangat masa tu dikelilingi orang yang baik baik. ada sorang senior CA india suka buatkan air milo kat aku katanya dia nampak aku pucat. dia kata jangan seksa diri. kesian kat baby. selalu tanya aku okaay tak. bila ingat balik Allahu baik sangat diorang semua. ada 1-2 je macam batu sikit tapi still baik gila. aku memang sayang sangat staf staf situuu. 


pasal third trimester, belum cakap lagi ada je tak kene bila checkup. ada penyakit ke? sambung aa macam panjang sangat je hahahah next next --

  • Share:

You Might Also Like

0 comments